"PENTERNAKAN WALET BERSANGKAR PERTAMA DI MALAYSIA"



"KAKITANGAN AEROSWIFT MEMBERI MAKAN PADA ANAK BURUNG WALET"



PENTERNAKAN WALET BERSANGKAR

STATUS KEKOSONGAN RUMAH BURUNG WALET DI SG TENGAS, KULIM DAN KUALA BERANG, TERENGGANU.

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Untuk makluman, terdapat kekosongan sebanyak :

43% untuk rumah walit # 11 di Sungai Tengas, Kulim KEDAH.
80 % untuk rumah walit #9 di Kuala Berang, TERENGGANU.

Untuk makluman lanjut sila hubungi:
FAUZIANA
Hp: 019-415 2730
Email : ana_marketing@aeroswift.net / ana85_scrayon@yahoo.com

HASS
Hp: 012-5500304

Email : has_marketing@aeroswift.net


APA ITU WALET?















APA ITU SARANG BURUNG?

Dihasilkan oleh 2 spesis swiftlet, iaitu

i) White-nest Swiftlet (Aerodramus fuciphagus)
ii) Black-nest Swiftlet (Aerodramus maximus)

Fakta-Fakta Industri Sarang Burung

Secara fizikal, sarang burung boleh dikategori kepada dua jenis, iaitu Sarang Burung Gua dan Sarang Burung Rumah.Para pengguna sarang burung berasal dari Hong Kong, China, Taiwan, Singapore, USA, Malaysia & lain-lain masyarakat Cina di dunia sejumlah 1.5 billion.Berasaskan Asia Bird’s Nest Conference 2005, Hong Kong sahaja telah mengimport 204,000 kg sarang burung pada tahun 2004, dengan jumlah nilai RM 1,000,000,000.00Harga sarang burung mentah berada di antaraRM 1,000 - RM 6,000.00 per kilogram. Ianya bergantung kepada qualiti dan permintaan pasaran sarang burung sedunia.

Bagaimana Konsep Business Ini Akan Meningkat Status Sosial Ekonomi Kampung?

Secara fizikal, sarang burung boleh dikategori kepada dua jenis, iaitu Sarang Burung Gua dan Sarang Burung Rumah.Para pengguna sarang burung berasal dari Hong Kong, China, Taiwan, Singapore, USA, Malaysia & lain-lain masyarakat Cina di dunia sejumlah 1.5 billion.Berasaskan Asia Bird’s Nest Conference 2005, Hong Kong sahaja telah mengimport 204,000 kg sarang burung pada tahun 2004, dengan jumlah nilai RM 1,000,000,000.00Harga sarang burung mentah berada di antaraRM 1,000 - RM 6,000.00 per kilogram. Ianya bergantung kepada qualiti dan permintaan pasaran sarang burung sedunia.

Industri Bio-Teknologi?

Sarang burung mungkin merupakan produk tempatan kedua yang mempunyai nilai-nilai perubatan.Universiti Sains Malaysia sedang menjalankan penyelidikan untuk kaedah penyimpanan sarang burung yang paling sesuai.Lebih penyelidikan bio-teknologi akan dimulakan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan sarang burung.

Nilai Perubatan Tradisional Masyarakat Cina

Dari segi kepentingan nilai perubatan tradisi Cina, sarang burung berada di tahap kedua selain ginseng.Masyarakat Cina percaya, sarang burung adalah pemangkin pertumbuhan sel dan kulit. Penggunaan sarang burung secara jangka panjang akan mencantikkan permukaan kulit. Sarang burung juga memberi manfaat kepada golongan tua dan lemah untuk mengukuhkan daya ketahanan mereka terhadap penyakit.Lee Ngan Woon (1999), Bird Nest Recipes.Berdasarkan kitab perubatan Cina yang terpenting, Compendium of Materia Medica, terbukti sarang burung berfungsi untuk kesihatan paru-paru,buah pinggang, perut dan ginjal.




KERATAN AKHBAR




















































WALET JANA PENDAPATAN LUMAYAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Sedia maklum Negara China adalah pembeli Utama Sarang burung Walit. Kini mereka yang menjadi pemborong dari China sanggup untuk datang sendiri ke Rumah Burung Walit untuk membeli secara terus dan melihat sendiri ia dituai. Malah mereka akan memeriksa satu persatu dan menyusun sendiri untuk di bungkus. Ia adalah ekoran daripada ada segelintir orang pengantara yang memalsukan untuk kepentingan diri sendiri.

Gambar-gambar di bawah adalah semasa hari menuai sarang burung walet dari salah satu rumah burung walet (RBW) konvesional kepunyaan CEO Aeroswift Consultancy Sdn Bhd yang berusia 15 tahun lebih.


Gambar 1: Sarang burung Walit yang telah dikumpulkan


















Gambar 2: En Khairil Sani Wong Abdullah ( CEO ) bersama dengan pembeli dari CHINA yang sedang memeriksa dan menyusun sebelum dibungkus

















Gambar 3: Ruang dalam Rumah Burung Walit yang kelihatan penuh dengan sarang burung walet




















Gambar 4: Sepasang burung walit yang bergayut di sarangnya






Untuk rumah burung walit yang sudah mencapai tahap dipenuhi oleh sarang-sarang biasanya dalam sebulan akan dituai sebanyak 2 kali. Rumah burung walit 2 tingkat tersebut dapat menghasilkan sehingga 6 ke 7 kilo setiap kali tuaian. Sekiranya sarang burung yang sudah boleh dituai tidak kutip ia akan digunapakai semula oleh burung walit dan ia akan mejejaskan kualitinya. Sekiranya setiap tuaian boleh mencecah 6 ke 7 kilo maka jumlah tuaian setiap bulan boleh mencecah 14 kilogram. Katakan purata harga semasa RM 4,000/kilogram . Jumlah pendapatan pada bulan tersebut ialah 14 kilo x RM 4,000 = RM 56,000.

AEROSWIFT MAJUKAN PUSAT TERNAKAN BURUNG WALET RM4.5 JUTA



KULIM 17 Ogos 2009 – Aeroswift Consultancy Sdn. Bhd. (Aeroswift), syarikat perunding bumiputera, melaburkan RM4.5 juta bagi meneroka industri ternakan burung layang-layang atau walit secara komersial di Kampung Sungai Tengas, dekat sini.Pengarah Eksekutif Aeroswift, Khairil Sani Wong Abdullah berkata, projek itu merupakan kerjasama antara syarikat berkenaan dan Persatuan Usahawan Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia (Pushpiam).“Projek itu membabitkan pembinaan sembilan unit rumah burung walit dengan pembabitan ahli-ahli Pushpiam dengan harga RM359,000.“Apabila siap kelak, setiap rumah itu mampu memuatkan kira-kira 8,000 ekor dan menjana pulangan kepada peserta sebanyak RM120,000 sebulan,” katanya selepas lawatan kerja Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Mukriz Mahathir di sini kelmarin.
















Menurut Khairil Sani, projek ternakan berkenaan menggunakan teknologi Indonesia yang mana kesemua burung walit akan dipelihara bermula peringkat penetasan telur.Jelasnya, burung walit yang dipelihara di tempat lain menggunakan kaedah semula jadi iaitu mendirikan rumah atau tempat perlindungan dan ditambah dengan sistem audio serta membiarkan burung membuat sarang.“Bagaimanapun, projek di Sungai Tengas ini agak unik kerana kita akan tetas sendiri telur burung walit dan pelihara sehingga besar.“Apabila membesar, ia akan dilepaskan ke dalam sangkar lebih besar sebelum dapat mengeluarkan sarang yang boleh dikawal selia kualitinya,” katanya.Beliau memberitahu, projek tersebut telah mendapat sambutan menggalakkan daripada 108 ahli Pushpiam yang rata-ratanya terdiri daripada kaum bumiputera.“Projek itu berpotensi besar kerana hasilnya begitu lumayan iaitu sekitar RM5,000 hingga RM7,000 bagi setiap kilogram sarang Gred Super A,” katanya.Tambah Khairil Sani, kesemua hasil sarang burung tersebut akan dieksport ke China menerusi rakan kongsinya, Forevery Swallow Health Ltd.






Sementara itu, Mukhriz berkata, industri ternakan burung walit berpotensi untuk dibangunkan memandangkan ia mempunyai nilai dagangan besar iaitu sekitar RM500 juta setahun.
“Permintaan kepada sarang burung ini juga didapati meningkat sejak kebelakangan ini khususnya bagi pasaran Eropah dan China,” katanya.
Sehubungan itu, katanya para usahawan perlu merebut peluang keemasan itu dan kerajaan khususnya MITI bersedia membantu dengan menyediakan modal serta kemudahan meluaskan pasaran

LATARBELAKANG



Aeroswift Consultancy Sdn.Bhd (ACSB) telah didaftarkan pada 8 Februari 2005 tetapi telah pun melibatkan diri dalam bidang rumah walet semenjak 15 tahun yang lalu. Syarikat ini di terajui oleh Encik Khairil Sani Wong Abdullah yang berpengalaman luas dalam bidang ini. Hasil daripada pengalaman dan pengetahuan yang jitu, maka beliau bersama ACSB mengambil langkah yang lebih drastik memperkenalkan teknik penternakan walet bersangkar yang kini hanya dijalankan oleh syarikat ini. "Penternakan" separa intensif serta intensif ini adalah hasil kajian menyeluruh spesis Aerodramus fuciphagus yang telah dilakukan oleh ACBS bersama rakan kongsinya di Kepulauan Jawa.

Projek ini dijalankan secara bersepadu dan lebih teratur serta di kawal selia. Ini akan memberi pulangan dengan kadar yang lebih cepat serta hasil pengeluaran yang lebih stabil. ACSB amat berbangga kerana menjadi pencetus pertama kepada perkembangan baru ini di Malaysia khususnya. Dengan status "Penternakan Bersangkar" yang diperkenalkan oleh ACSB ini juga di harapkan segala masalah birokrasi yang merumitkan pengusaha rumah walet terdahulu dapat di selesaikan dengan cara yang lebih praktikal serta terkawal.


KAEDAH 5 + 1

1. KAEDAH PANGGIL BURUNG

Penggunaan peralatan dan teknik yang betul membolehkan burung walet memasuki rumah walet dan membuat sarang.










2. BERSANGKAR
Aeroswift kini telah berjaya mendapatkan teknologi terkini dimana burung walit akan diternak secara semi Intensif untuk mendapatkan sarangnya dengan lebih berkualiti. Dengan cara ini hasil tuaian akan lebih cepat dan banyak berbanding dengan kaedah konvesional semata-mata.












3. PENETASAN
Kaedah bersangkar ini adalah bermula daripada telur burung yang akan menjalani proses penetesan menggukan peralatan yang sesuai daripada ACSB. Anak burung yang baru menetas akan diletakkan di atas sarang burung tiruan buat sementara waktu sehingga anak burung tersebut boleh terbang dan makan dengan sendirinya.












4. MEMBERI MAKAN BURUNG

Anak burung layang-layang akan di beri makan sehingga burung tersebut boleh terbang dengan sendirinya.











5. MEMBEKAL MAKANAN
Tapak rumah serangga Aeroswift dimana serangga di proses untuk membekalkan makanan kepada burung walet.
REKA BENTUK RUMAH BURUNG WALET YANG
MENGGUNAKAN KAEDAH TEKNOLOGI TERKINI SERTA MENGGUNAKAN BAHAN BINAAN YANG BERKUALITI TINGGI.
KELUASAN 4000 KAKI PERSEGI
SAIZ BANGUNAN 20 X 60 KAKI
KETINGGIAN 3.5
HARGA SEBUAH RUMAH BURUNG WALET (100%)
BANGUNAN RM 464,594.00
PAJAKAN TANAH 99 TAHUN RM 25,000.00
KOS PEMPROSESAN RM50.00
JUMLAH KESELURUHAN BAGI 100% PERKONGSIAN ADALAH RM 489,644.00
Aeroswift Consultancy Sdn Bhd telah membawakan satu revolusi dalam Industri Penternakan Walit secara semi-Intensif atau bersangkar. Ia juga telah mewujudkan suatu gelombang baru dalam industri Jutaan Ringgit ini. Sesuatu yang mustahil sebelum ini kini tidak lagi mustahil di mana Burung Walit boleh diternak sebagaimana seperti Ayam diternak.
Ia juga merupakan satu penyelesaian yang amat besar impaknya di mana dapat mengatasi risiko burung tidak menghuni RBW atau mengambil masa yang lama sekiranya menggunakan kaedah yang biasa . Namun terdapat banyak faktor yang mempengaruhi kejayaan sesebuah RBW seperti lokasi yang sesuai, design RBW, Bahan binaan yang digunakan, suhu dalaman, kelembapan dalaman dan lain2 lagi.
Aeroswift Consultancy Sdn Bhd telah membuka peluang Projek Usahasama Rumah Burung Walit secara berkelompok atau individu untuk mewujudkan lebih ramai lagi Usahawan burung Walit. Peserta boleh menyertai perkongsian samada 1%, 2%, dan sebagainya sehingga 100% mengikut kemampuan masing-masing. Peluang keemasan ini telah menarik ramai peserta untuk menyertai suatu perusahaan yang telah diketahui umum akan memberikan pulangan rezeki yang sangat lumayan. Telah berpuluh saranan atau seruan yang menggalakan orang ramai agar menceburi industri ini yang terpampang di dada akbar samada dari pihak tertentu atau dari pihak wakil kerajaan.

PERKEMBANGAN TAPAK PROJEK DI SG.TENGAS, KULIM.

PERKEMBANGAN TAPAK PROJEK DI SG TENGAS, KULIM SEHINGGA 10 APRIL 2010.
PEMBINAAN RUMAH KE 7, 8 DAN 9.



Perjalanan projek berjalan dengan lancar, rumah unit ke 7, 8 dan 9 akan siap tidak lama lagi, seterusnya adalah pembinaan bagi rumah unit ke 10, 11 dan 12.
Sekarang masih ada lagi kekosongan sebanyak 43% perkongsian daripada rumah Telus iaitu unit ke 11. Penyertaan minima 1 Lot = RM 4,895.94 . Pulangan lumayan setiap bulan menanti anda sehingga 99 tahun perjanjian usahasama antara peserta dibawah syarikat BERHAD dan AEROSWIFT CONSULTANCY SDN BHD. Inilah satu-satunya projek usahasama penternakan burung walit dalam sangkar di Malaysia yang mendapat sokongan daripada Kerajaan. Rebut peluang keemasan ini sementara masih ada kekosongan lagi..


Status kekosongan di Sg Tengas Kulim :

Rumah Telus (11) 43% ( Kekosongan )


Untuk maklumat lanjut hubungi Agen Pemasaran Aeroswift Consultancy Sdn Bhd :


Hass 012-5500304
has_marketing@aeroswift.net


Fauziana 019-415 2730
ana85_scrayon@yahoo.com
ana_marketing@aeroswift.net

Pejabat AMSB 04-495 5977

PERKEMBANGAN TAPAK PROJEK DI KUALA BERANG, TERENGGANU.






















Status Kekosongan RBW di Kuala Berang, Terengganu :
Rumah Pesona 80% ( Kekosongan )
untuk maklumat lanjut, sila hubungi :
Fauziana 019-415 2730
Pejabat AMSB 04-495 5977






LAWATAN JABATAN VETERINAR KE SURABAYA, INDONESIA.

Sekumpulan penyelidik daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar yang menjalinkan kerjasama dengan Aeroswift Consultancy SDN BHD, telah melawat pusat penternakan walit dalam sangkar di Surabaya, INDONESIA baru2 ini.































PESERTA MELAWAT TAPAK PENTERNAKAN WALET DI SG. TENGAS, KULIM KEDAH - 6 MAC 2010















About this blog

Followers

featured-content