WALET JANA PENDAPATAN LUMAYAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Sedia maklum Negara China adalah pembeli Utama Sarang burung Walit. Kini mereka yang menjadi pemborong dari China sanggup untuk datang sendiri ke Rumah Burung Walit untuk membeli secara terus dan melihat sendiri ia dituai. Malah mereka akan memeriksa satu persatu dan menyusun sendiri untuk di bungkus. Ia adalah ekoran daripada ada segelintir orang pengantara yang memalsukan untuk kepentingan diri sendiri.

Gambar-gambar di bawah adalah semasa hari menuai sarang burung walet dari salah satu rumah burung walet (RBW) konvesional kepunyaan CEO Aeroswift Consultancy Sdn Bhd yang berusia 15 tahun lebih.


Gambar 1: Sarang burung Walit yang telah dikumpulkan


















Gambar 2: En Khairil Sani Wong Abdullah ( CEO ) bersama dengan pembeli dari CHINA yang sedang memeriksa dan menyusun sebelum dibungkus

















Gambar 3: Ruang dalam Rumah Burung Walit yang kelihatan penuh dengan sarang burung walet




















Gambar 4: Sepasang burung walit yang bergayut di sarangnya






Untuk rumah burung walit yang sudah mencapai tahap dipenuhi oleh sarang-sarang biasanya dalam sebulan akan dituai sebanyak 2 kali. Rumah burung walit 2 tingkat tersebut dapat menghasilkan sehingga 6 ke 7 kilo setiap kali tuaian. Sekiranya sarang burung yang sudah boleh dituai tidak kutip ia akan digunapakai semula oleh burung walit dan ia akan mejejaskan kualitinya. Sekiranya setiap tuaian boleh mencecah 6 ke 7 kilo maka jumlah tuaian setiap bulan boleh mencecah 14 kilogram. Katakan purata harga semasa RM 4,000/kilogram . Jumlah pendapatan pada bulan tersebut ialah 14 kilo x RM 4,000 = RM 56,000.

0 comments:

Post a Comment





About this blog

Followers

featured-content