LATARBELAKANG



Aeroswift Consultancy Sdn.Bhd (ACSB) telah didaftarkan pada 8 Februari 2005 tetapi telah pun melibatkan diri dalam bidang rumah walet semenjak 15 tahun yang lalu. Syarikat ini di terajui oleh Encik Khairil Sani Wong Abdullah yang berpengalaman luas dalam bidang ini. Hasil daripada pengalaman dan pengetahuan yang jitu, maka beliau bersama ACSB mengambil langkah yang lebih drastik memperkenalkan teknik penternakan walet bersangkar yang kini hanya dijalankan oleh syarikat ini. "Penternakan" separa intensif serta intensif ini adalah hasil kajian menyeluruh spesis Aerodramus fuciphagus yang telah dilakukan oleh ACBS bersama rakan kongsinya di Kepulauan Jawa.

Projek ini dijalankan secara bersepadu dan lebih teratur serta di kawal selia. Ini akan memberi pulangan dengan kadar yang lebih cepat serta hasil pengeluaran yang lebih stabil. ACSB amat berbangga kerana menjadi pencetus pertama kepada perkembangan baru ini di Malaysia khususnya. Dengan status "Penternakan Bersangkar" yang diperkenalkan oleh ACSB ini juga di harapkan segala masalah birokrasi yang merumitkan pengusaha rumah walet terdahulu dapat di selesaikan dengan cara yang lebih praktikal serta terkawal.


0 comments:

Post a Comment





About this blog

Followers

featured-content