AEROSWIFT MAJUKAN PUSAT TERNAKAN BURUNG WALET RM4.5 JUTA



KULIM 17 Ogos 2009 – Aeroswift Consultancy Sdn. Bhd. (Aeroswift), syarikat perunding bumiputera, melaburkan RM4.5 juta bagi meneroka industri ternakan burung layang-layang atau walit secara komersial di Kampung Sungai Tengas, dekat sini.Pengarah Eksekutif Aeroswift, Khairil Sani Wong Abdullah berkata, projek itu merupakan kerjasama antara syarikat berkenaan dan Persatuan Usahawan Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia (Pushpiam).“Projek itu membabitkan pembinaan sembilan unit rumah burung walit dengan pembabitan ahli-ahli Pushpiam dengan harga RM359,000.“Apabila siap kelak, setiap rumah itu mampu memuatkan kira-kira 8,000 ekor dan menjana pulangan kepada peserta sebanyak RM120,000 sebulan,” katanya selepas lawatan kerja Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Mukriz Mahathir di sini kelmarin.
















Menurut Khairil Sani, projek ternakan berkenaan menggunakan teknologi Indonesia yang mana kesemua burung walit akan dipelihara bermula peringkat penetasan telur.Jelasnya, burung walit yang dipelihara di tempat lain menggunakan kaedah semula jadi iaitu mendirikan rumah atau tempat perlindungan dan ditambah dengan sistem audio serta membiarkan burung membuat sarang.“Bagaimanapun, projek di Sungai Tengas ini agak unik kerana kita akan tetas sendiri telur burung walit dan pelihara sehingga besar.“Apabila membesar, ia akan dilepaskan ke dalam sangkar lebih besar sebelum dapat mengeluarkan sarang yang boleh dikawal selia kualitinya,” katanya.Beliau memberitahu, projek tersebut telah mendapat sambutan menggalakkan daripada 108 ahli Pushpiam yang rata-ratanya terdiri daripada kaum bumiputera.“Projek itu berpotensi besar kerana hasilnya begitu lumayan iaitu sekitar RM5,000 hingga RM7,000 bagi setiap kilogram sarang Gred Super A,” katanya.Tambah Khairil Sani, kesemua hasil sarang burung tersebut akan dieksport ke China menerusi rakan kongsinya, Forevery Swallow Health Ltd.






Sementara itu, Mukhriz berkata, industri ternakan burung walit berpotensi untuk dibangunkan memandangkan ia mempunyai nilai dagangan besar iaitu sekitar RM500 juta setahun.
“Permintaan kepada sarang burung ini juga didapati meningkat sejak kebelakangan ini khususnya bagi pasaran Eropah dan China,” katanya.
Sehubungan itu, katanya para usahawan perlu merebut peluang keemasan itu dan kerajaan khususnya MITI bersedia membantu dengan menyediakan modal serta kemudahan meluaskan pasaran

0 comments:

Post a Comment





About this blog

Followers

featured-content