"KAKITANGAN AEROSWIFT MEMBERI MAKAN PADA ANAK BURUNG WALET"
PENTERNAKAN WALET BERSANGKAR
"KAKITANGAN AEROSWIFT MEMBERI MAKAN PADA ANAK BURUNG WALET"
PENTERNAKAN WALET BERSANGKAR
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Untuk makluman, terdapat kekosongan sebanyak :
43% untuk rumah walit # 11 di Sungai Tengas, Kulim KEDAH.
80 % untuk rumah walit #9 di Kuala Berang, TERENGGANU.
Untuk makluman lanjut sila hubungi:
FAUZIANA
Hp: 019-415 2730
Email : ana_marketing@aeroswift.net / ana85_scrayon@yahoo.com
HASS
Hp: 012-5500304
Email : has_marketing@aeroswift.net
Dihasilkan oleh 2 spesis swiftlet, iaitu
i) White-nest Swiftlet (Aerodramus fuciphagus)
ii) Black-nest Swiftlet (Aerodramus maximus)
Fakta-Fakta Industri Sarang Burung
Secara fizikal, sarang burung boleh dikategori kepada dua jenis, iaitu Sarang Burung Gua dan Sarang Burung Rumah.Para pengguna sarang burung berasal dari Hong Kong, China, Taiwan, Singapore, USA, Malaysia & lain-lain masyarakat Cina di dunia sejumlah 1.5 billion.Berasaskan Asia Bird’s Nest Conference 2005, Hong Kong sahaja telah mengimport 204,000 kg sarang burung pada tahun 2004, dengan jumlah nilai RM 1,000,000,000.00Harga sarang burung mentah berada di antaraRM 1,000 - RM 6,000.00 per kilogram. Ianya bergantung kepada qualiti dan permintaan pasaran sarang burung sedunia.
Bagaimana Konsep Business Ini Akan Meningkat Status Sosial Ekonomi Kampung?
Secara fizikal, sarang burung boleh dikategori kepada dua jenis, iaitu Sarang Burung Gua dan Sarang Burung Rumah.Para pengguna sarang burung berasal dari Hong Kong, China, Taiwan, Singapore, USA, Malaysia & lain-lain masyarakat Cina di dunia sejumlah 1.5 billion.Berasaskan Asia Bird’s Nest Conference 2005, Hong Kong sahaja telah mengimport 204,000 kg sarang burung pada tahun 2004, dengan jumlah nilai RM 1,000,000,000.00Harga sarang burung mentah berada di antaraRM 1,000 - RM 6,000.00 per kilogram. Ianya bergantung kepada qualiti dan permintaan pasaran sarang burung sedunia.
Industri Bio-Teknologi?
Sarang burung mungkin merupakan produk tempatan kedua yang mempunyai nilai-nilai perubatan.Universiti Sains Malaysia sedang menjalankan penyelidikan untuk kaedah penyimpanan sarang burung yang paling sesuai.Lebih penyelidikan bio-teknologi akan dimulakan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan sarang burung.
Nilai Perubatan Tradisional Masyarakat Cina
Dari segi kepentingan nilai perubatan tradisi Cina, sarang burung berada di tahap kedua selain ginseng.Masyarakat Cina percaya, sarang burung adalah pemangkin pertumbuhan sel dan kulit. Penggunaan sarang burung secara jangka panjang akan mencantikkan permukaan kulit. Sarang burung juga memberi manfaat kepada golongan tua dan lemah untuk mengukuhkan daya ketahanan mereka terhadap penyakit.Lee Ngan Woon (1999), Bird Nest Recipes.Berdasarkan kitab perubatan Cina yang terpenting, Compendium of Materia Medica, terbukti sarang burung berfungsi untuk kesihatan paru-paru,buah pinggang, perut dan ginjal.
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Sedia maklum Negara China adalah pembeli Utama Sarang burung Walit. Kini mereka yang menjadi pemborong dari China sanggup untuk datang sendiri ke Rumah Burung Walit untuk membeli secara terus dan melihat sendiri ia dituai. Malah mereka akan memeriksa satu persatu dan menyusun sendiri untuk di bungkus. Ia adalah ekoran daripada ada segelintir orang pengantara yang memalsukan untuk kepentingan diri sendiri.
Gambar-gambar di bawah adalah semasa hari menuai sarang burung walet dari salah satu rumah burung walet (RBW) konvesional kepunyaan CEO Aeroswift Consultancy Sdn Bhd yang berusia 15 tahun lebih.
Gambar 1: Sarang burung Walit yang telah dikumpulkan
Untuk rumah burung walit yang sudah mencapai tahap dipenuhi oleh sarang-sarang biasanya dalam sebulan akan dituai sebanyak 2 kali. Rumah burung walit 2 tingkat tersebut dapat menghasilkan sehingga 6 ke 7 kilo setiap kali tuaian. Sekiranya sarang burung yang sudah boleh dituai tidak kutip ia akan digunapakai semula oleh burung walit dan ia akan mejejaskan kualitinya. Sekiranya setiap tuaian boleh mencecah 6 ke 7 kilo maka jumlah tuaian setiap bulan boleh mencecah 14 kilogram. Katakan purata harga semasa RM 4,000/kilogram . Jumlah pendapatan pada bulan tersebut ialah 14 kilo x RM 4,000 = RM 56,000.
Aeroswift Consultancy Sdn.Bhd (ACSB) telah didaftarkan pada 8 Februari 2005 tetapi telah pun melibatkan diri dalam bidang rumah walet semenjak 15 tahun yang lalu. Syarikat ini di terajui oleh Encik Khairil Sani Wong Abdullah yang berpengalaman luas dalam bidang ini. Hasil daripada pengalaman dan pengetahuan yang jitu, maka beliau bersama ACSB mengambil langkah yang lebih drastik memperkenalkan teknik penternakan walet bersangkar yang kini hanya dijalankan oleh syarikat ini. "Penternakan" separa intensif serta intensif ini adalah hasil kajian menyeluruh spesis Aerodramus fuciphagus yang telah dilakukan oleh ACBS bersama rakan kongsinya di Kepulauan Jawa.
Projek ini dijalankan secara bersepadu dan lebih teratur serta di kawal selia. Ini akan memberi pulangan dengan kadar yang lebih cepat serta hasil pengeluaran yang lebih stabil. ACSB amat berbangga kerana menjadi pencetus pertama kepada perkembangan baru ini di Malaysia khususnya. Dengan status "Penternakan Bersangkar" yang diperkenalkan oleh ACSB ini juga di harapkan segala masalah birokrasi yang merumitkan pengusaha rumah walet terdahulu dapat di selesaikan dengan cara yang lebih praktikal serta terkawal.
Copyright 2009 - aNNa da sWift
Theme designed by: Raycreations.net, Ray Hosting, Blogger Layout , House Design